Monday, January 5, 2009

jalan jalan makan angin







lepas habis kenduri 29 dec tu, balik bekerja tuk 2 hari sebelum sambung cuti2 hujung tahun.

1 jan 2009 - penang

bertolak dari rumah kol 9.30 pagi.sepanjang jalan hujan ajer.sampai ke penang rumah aman dalam kol 11.30. sampai aje terus tolong melia ngan wa masak tuk makan tengah hari tu.

petang tu ke penang island...ikut jambatan.

plannyer nak ke batu feringgi. since bertolak dari rumah dah lewat petang, makanya sampai kat pantai dah nak maghrib dah. sempat le cecah kaki kat air laut tu jangan tidak. maghrib tu we all kat surau stesyen minyak petronas ajer. dari situ terus ke gurney drive. tak singgah pun cuma lalu ajer dan we terus ke padang kota lama tuk makan pasembor/char kuey teow/kerang bakar/sotong kangkong/sotong bakar/mee udang. tu dia semua belasah sampai habis..hehhehhe

kenyang makan kami balik. amy n abah balik pusing kerna amy tak de cuti. aku mak n eri wawa n aisha balik ke rumah aman. sampai rumah apa lagi mata tak tahan dah ngantok..so semua tido cepat malam tu.

esoknya hari hujan dari pagi.semua pakat malas nak bangun.breakfast pun makan jer nasik yg dipanaskan kembali dgn lauk pauk semalam. lepas jumaat baru keluar rumah...pegi penang islang lagi...kali ni naik feri lak. lama gak tunggu...banyak kenderaan la plak..bertembung dgn org balik ofis....tu la pasal. sampai island just pegi bazar chowrasta jer tuk beli jeruk. hari masih lagi hujan. cadangan nak ke bukit bendera or botanical garden terpaksa dibatalkan. habis jer beli jeruk we all terus balik n singgah ke gerai kat sg dua pekena lak satay n mee udang. tapau gak bawak balik tuk abah n amy. kat situ ada gak jual air jus buah pala...best gak rasa dia..so tapau gak bawak balik.

bertolak dari sana dalam kol 9.30 malam dan sampai rumah dalam kol 12.00tgh malam.

No comments: