Wednesday, January 14, 2009

azam baru

tahun baru....maka kene ada le azam baru.......

tapi apa ya....

banyak benda kene buat, perbaiki.....

banyak benda kene kurang, dibuang terus.......

entah le....

Friday, January 9, 2009

berita gembira

semalam....adikku memberitahu yg dia telah dinaikkan pangkat ke CSG exec berkuatkuasa jan 2009. tahniah amy. dengan kenaikan pangkat ni makanya gaji pun naik jugak la kan. hehehehe boleh belanja makan nanti k.
satu berita gembira tuk kami semua.

kelmarin pada 7 jan 2009, maksu telah selamat tiba dari menunaikan haji di mekah. alhamdulillah telah kembali ke tanah air dengan selamat dan sihat. batuk2 sikit biasa le kan. malangnya aku tak dapat ke klia tuk menjemput sama kerana ada meting yg tak boleh ditangguhkan pada hari itu. sorry ya. walaubagaimanapun aku dah janji bahawa pada 10 jan ni aku akan turun ke kl tuk menjemput maksu balik ke rumah...insyaallah.

Wednesday, January 7, 2009

adakah ini aku...................

SEPTEMBER
* Sangat bersopan santun & bertolak ansur.
* Sangat cermat, teliti & teratur.
* Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik.
* Pendiam tapi pandai bercakap.
* Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati.
* Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur.
* Kerja yang dilakukan sangat sempurna.
* Sangat sensitif yang tidak diketahui.
* orang yang banyak berfikir.
* Daya pentaakulan yang baik.
* Otak bijak & mudah belajar.
* Suka mencari maklumat.
* Kawal diri dari terlalu mengkritik.
* Pandai mendorong diri sendiri.
* Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia.
* Suka sukan, hiburan & melancong.
* Kurang menunjukkan perasaannya.
* Terluka hatinya sangat lama disimpan.
* Terlalu memilih pasangan.
* Sukakan benda yang luas.
* Bersistematik

Monday, January 5, 2009

mula bekerja

5 jan 2009

hari pertama bekerja tuk tahun ni.
welcome back...hehehehhehe

ntah apa la nasib hari ni, dah le lewat then kete lak buat hal.padahal semalam dah charge elok2 kete tu selepas hampir 2 hari tak hidup. bila dah siap2 nak pegi keje..start enjin tak mau hidup la plak. azam tahun ni nak masuk puntual la ke opis tu...sian dgn staf2..tiap2 hari kita jer lewat.nasib le dorang ada kunci kalau tak entah le...

dapat bercakap dgn maksu kejap..bincang cam mane nak ambik dia nanti. dah call kak jah dan aman tuk bg tau.plannyer-7 jan ni aku n eri jer gi ambil n bawak ke rumah eri dulu kat kepong.then weekend tu nanti baru bawak maksu balik rumah kat pusing. selain dpat dia berehat dapat jugalah sedara mara yg lain datang menjenguk. tu pun kalau datang le.

masuk opis dah kol 2.30 ptg. buat le keje sikit2 apa yg patut. kol 6 balik.

jalan jalan makan angin







lepas habis kenduri 29 dec tu, balik bekerja tuk 2 hari sebelum sambung cuti2 hujung tahun.

1 jan 2009 - penang

bertolak dari rumah kol 9.30 pagi.sepanjang jalan hujan ajer.sampai ke penang rumah aman dalam kol 11.30. sampai aje terus tolong melia ngan wa masak tuk makan tengah hari tu.

petang tu ke penang island...ikut jambatan.

plannyer nak ke batu feringgi. since bertolak dari rumah dah lewat petang, makanya sampai kat pantai dah nak maghrib dah. sempat le cecah kaki kat air laut tu jangan tidak. maghrib tu we all kat surau stesyen minyak petronas ajer. dari situ terus ke gurney drive. tak singgah pun cuma lalu ajer dan we terus ke padang kota lama tuk makan pasembor/char kuey teow/kerang bakar/sotong kangkong/sotong bakar/mee udang. tu dia semua belasah sampai habis..hehhehhe

kenyang makan kami balik. amy n abah balik pusing kerna amy tak de cuti. aku mak n eri wawa n aisha balik ke rumah aman. sampai rumah apa lagi mata tak tahan dah ngantok..so semua tido cepat malam tu.

esoknya hari hujan dari pagi.semua pakat malas nak bangun.breakfast pun makan jer nasik yg dipanaskan kembali dgn lauk pauk semalam. lepas jumaat baru keluar rumah...pegi penang islang lagi...kali ni naik feri lak. lama gak tunggu...banyak kenderaan la plak..bertembung dgn org balik ofis....tu la pasal. sampai island just pegi bazar chowrasta jer tuk beli jeruk. hari masih lagi hujan. cadangan nak ke bukit bendera or botanical garden terpaksa dibatalkan. habis jer beli jeruk we all terus balik n singgah ke gerai kat sg dua pekena lak satay n mee udang. tapau gak bawak balik tuk abah n amy. kat situ ada gak jual air jus buah pala...best gak rasa dia..so tapau gak bawak balik.

bertolak dari sana dalam kol 9.30 malam dan sampai rumah dalam kol 12.00tgh malam.

Saturday, January 3, 2009

kenduri kawin 27-29 dec 2009







27 dec 2009 - majlis akad nikah nasriq dan sal
28 dec 2009-majlis khatam quran nasriq
- majlis kenduri di rumah perempuan
29 dec 2009-majlis kenduri nasriq@dewan perbandaran taiping


27 dec-keluar dari rumah agak lewat. on d way diberitahu bahawa majlis akad dipercepatkan disebabkan kadhi ada majlis lain lagi.

sampai ke taiping, majlis akad dah selesai. so terus ajer ke rumah pengantin perempuan tuk jamuan makan tengahari. masa ni belum ada sapa2 lagi saudara mara yg sampai. jadi aku sekeluarga dan famili pengantin ajer la yg ada.

petang tu ikut maktih ke kuala kangsar menghantar barangan ke rumah adik maktih yg bertanggungjawab tuk memasak makanan tuk majlis kenduri sebelah lelaki.balik dari kk maksu n famili dah sampai. then kuar lagi bawak makcak balik rumah tuk ambil baju.tapi sebelum tu gi rumah kawan min dulu tuk ambil barang hantaran yg dibuat oleh kawan min. we all ramai2 tido rumah maktih malam tu sambil tolong2 buat persiapan terakhir sebelum majlis kenduri tu.

28 dec- pagi2 terus tolong maktih n makchak masak apa2 yg patut tuk majlis khatam quran nasriq. dalam kol 10.30 majlis khatam berlangsung. lebih kurang dalam kol 12.00 majlis khatam selesai dan kami semua bersiap2 pula tuk makan kenduri di rumah pengantin perempuan.




balik dari kenduri rumah perempuan dalam kol 4 ptg tu aku bawa maksu ana n anak dia ke ipoh ke greentown mall tuk mangambil bantuan pakaian persekolahan yg didermakan oleh persatuan bekas perajurit. sampai ke greentown mall dalam kol 5.30 dan selesai segalanya dalam kol 6.30.kami terus ke kuala kangsar tuk menolong apa yg patut. balik dalam kol 9.30mlm.famili aku n famili maksu tido kat guesthouse yg maktih sewakan manakala aku lak tido kat umah maktih.malam tu sempat masak agar2 lagi tuk dicampur dengan buah2an koktail sebagai desert pengantin nanti. malam tu we all tido lewat lagi nak siapkan bunga telur tuk diberikan kepada para tetamu yg datang nanti.

29 dec-pagi2 bangun dan terus tolong makcak masak apa yg patut tuk masakan pengatin. terus masak susu cair tuk dijadikan cream tuk agar2 koktail hidangan pengatin. tolong makcak buat hidangan buah2an dan masakan lauk pengantin yg lain.kemudian bersama2 dgn yus pergi ke dewan tuk menghantar kereta. then terus ke tesco taiping beli ayam golek. kelam kabut gak but everything akhirnya settle dgn selamatnya.








Thursday, January 1, 2009

RIZ DOUBLE 2 BIRTHDAY CELEBRATION








shawalfc bowling tournament





tarikh: 25 dec 2008
tempat:ampang superbowl summitt pj
masa: 10 pagi

tak tau nak citer apa, yg pasti best sesangat. walau tak menang besar yg pasti best dapat main dgn geng yg best, dapat t-shirt cun, jumpa semua member2 yg lama tak jumpa dan juga member2 baru.

sampai ke kl malam 24 dec terus ke rumah kak intan. dari sana we all pusing2 beli supper sebelum ke summit hotel. sampai di summit terus serang bilik britt, call yg lain masih sibuk kat bowling arena. kami terus memulakan operasi mempacking kacang sambil2 makan supper....

kemudiannya atie, kema dan sab sampai dan terus membantu packing. kemudian singgah pulak jj adik eyla. sambil makan sambil pack..meriah giler.akhirnya sampai jugak eyla, seri dan faten...apa lagi jamu jer la dorang dgn roti pisang n satey sambil2 makan kacang jugak..

25 dec 2009....hari kejadian, awal2 siap n terus ke tempat bowling, tolong le apa2 yg patut, boleh kata dah hampir ready semua nya cuma tunggu masa nak langsungkan acara aje.

lebih kurang 10.30 acara dimulakan. tu dia..brapa punya lama tak pegang bola boling, tau2 hari ni terus main..hehehhe

1st game..ntah apa2, masuk 2nd games baru dapat grab sikit..kira ok la score tu. then 3rd games menurun balik..tak concentrate sangat la.sorry geng..nasib baik adik nick ada kalau idak ntah apa nak jadi dgn team nonnyfc ni. sorry nonny. apa2 pun tak sangka gak team ni leh menang tempat ke 23 dari 32 pasukan.kira ok la kan.next time cuba lagi kan.

lepas habis bowling, aku, kak intan, julia, britt dan kak tweet serta nana dan azrul gerak cari makan. nonny terpaksa pergi dulu kerana ada hal yg perlu diuruskan. we all makan2 kat hart's chicken buffet...fuh makan sampai lupa diri..sampai azrul tertido le..hehehhe

then we all kiss2 n say goodnye...

aku n intan bersama kak tweet mula2 nak gerak hantar kak tweet kat komuter stesten, last2 decide hantar terus jer dah alang2 nak balik kepong tu, sepanjang jalan biasa le gosip sana sini..heehe sampai jer kat rumah kak tweet tu bukannya terus balik tapi dan lagi sembang mambang..hahhaha sampai le dah dekat kol 11. giler sembang sungguh. sampai jer rumah adik apa lagi terbongkang le..hehhehe

penat tapi fun.....next time buat lagi..hehehhehe